Wednesday, December 21, 2011

End of 2011

Salam readers, 
2011 is coming to an end. 
Syukur dan segala Puji bagi Allah yang masih memberi nafas 
kepada kita untuk hidup di atas muka bumi Nya 
Sepanjang 2011, Sedih ,Kecewa, Gembira telah saya lalui.
Macam macam sebenarnya suka duka dan pahit getir yang telah kita semua lalui.

Dan semoga yang baik kita jadikan tauladan, 
dan yang selebihnya kita jadikan sempadan agar Pisang tidak berbuah 2 kali.
Alhamdulillah, tahun ini memberi makna yang cukup mendalam untuk diri saya sendiri. Cukup bermakna.
Terima Kasih Allah kerana terlalu banyak nikmat yang telah kau berikan padaku serta ahli keluarga ku .

 Kerana saya tahu bahawa apa yang sedang berlaku dalam hidup saya kini 
adalah Yang Terbaik pemberian Illahi.
Tiada apa lagi yang harus saya minta melainkan Kasih dan Sayang Nya, Redha dan Rahmat Nya kepada saya serta ahli keluarga saya..

 InsyaAllah, akan saya cuba untuk memperbaiki diri menjadi insan dan Hamba Nya yang lebih baik, menjadi anak yang terbaik juga untuk mama dan babah yang merupakan anugerah yang tidak ternilai buatku, menjadi rakan yang Terbaik untuk rakan rakan ku, 
Doaku, Pintaku ,Semoga Allah s.w.t merancang yang terbaik untukku, mama dan babahku, adik adikku, guruku serta rakan rakan rapat yang sentiasa bersama kala susah dan senang.

Selamat menjengah ke tahun baru yang hanya tinggal 10 hari sahaja lagi. 
 Semoga segala apa yang dilakukan kita semua mendapat berkat dan rahmat 
dari Nya .Amin ya rabbal alamin.

Love 
FATEN xoxo




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...